Minimalis - cara saya



Bagi saya minimalis bukan kedekut. Ia lebih kepada 'lifestyle optimization'. Saya sentiasa cuba seimbangkan antara minimalism dan menikmati kehidupan.

Sekarang, saya selesa melakukan perkara-perkara berikut: 

1. Belanja barang dapur - buat senarai barang yang nak beli & stick to the list. 
Saya dah buat cara ni beberapa tahun. Awal-awal memang agak susah jugak, dan sentiasa akan beli juga barang yang tak perlu dan impulse buying. Tapi sekarang dah ok. Kalau terlebih satu, dua barang yang kurang dari RM10 tu biasalah. And that's OK untuk saya. 


2. Shopping buku lebih dari shopping baju - dapat tax exemption
Saya suka baca buku. Jadi saya tak berjimat untuk ini. Lagipun dapat tax exemption. 


3. Buat bajet & log semua perbelanjaan
Pada awalnya, saya memang blur macam mana nak buat bajet walaupun banyak Apps sekarang ni. Saya bermula dengan log perbelanjaan harian sekitar bulan 4 tahun lepas. Mula-mula memang selalu lupa. Tapi lama-lama macam best. Setiap bulan saya transfer ke Excel (sebab saya suka Excel..hehe). Lepas dah makin konsisten, baru kita dapat tengok trend belanja sendri. So dari situ baru saya buat bajet. Belum sempurna lagi, tapi so far so good. 


4. Masak makan malam hampir setiap hari
Saya memang dah biasa memasak sejak mula tinggal rumah sewa. Sekarang saya masak setiap hari untuk makan malam. Biasanya yang mudah sahaja macam nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dengan ulam atau makanan yang saya dah frozen lebih awal. 30 minutes meal. Tapi untuk mulut dan tekak saya memang lagi sedap dari kedai gerai. Selain itu lebih bersih. lebih sayur dan lebih sihat. Ia macam terapi juga lepas balik kerja. 


5. Beli groceries seminggu atau 2 minggu sekali
Ini pun satu yang saya dah amalkan sejak 2,3 tahun lalu. Setiap kali ada barang yang habis, saya akan tulis dalam senarai barang dalam phone. Melainkan barang tu penting, saya akan tunggu dan beli sekali harung. Jimat masa dan wang. 


6. Pakai set baju pejabat yang sama setiap minggu 
Mungkin ini agak ekstrem bagi sesetengah orang. Tapi ada banyak sebab untuk buat keputusan ni. Kiranya macam ada "uniform" untuk ke pejabat. Jadi setiap hari isnin hingga jumaat saya pakai baju sama setiap minggu. Setiap Ahad, saya iron semua sekaligus. Setakat ini cara ini sangat menenangkan minda dan poket. 


7. Pergi tasik untuk bersenam, bukan gym
Ini lebih kepada preference agaknya. Rumah saya dekat dengan taman tasik dan saya sudah jogging disitu lebih dari 5 tahun. Cuma sekarang saya cuba lebih konsisten. Setiap minggu saya cuba untuk joging/berjalan 3 kali. Saya tak suka sangat indoor exercise, jadi ia beri kelebihan untuk saya. Paling penting ia percuma. 


8. Pakai baju simple ikut keselesaan, bukan trend
Walaupun saya selalu rasa macam 'under dressed' tapi so far macam tak ada perancangan untuk belanja yang banyak untuk pakaian. Prioriti saya sekarang lebih kepada pakai ikut fungsi, kemas dan berkualiti. 


9. Rumah minimalis
Kata orang less is more. Saya cuba kurangkan pakaian, perabut dan hiasan rumah supaya lebih banyak ruang kosong. Jadi lebih senang untuk mengemas dan mengelap habuk. Yang dibenarkan untuk sentiasa 'more' dalam rumah adalah buku dan pokok. Sebab saya suka konsep indoor garden. 


10. Astro vs  TV online
Saya tak langgan Astro. Tapi saya ada TV biasa (dengan DTT box (RM60 je)) dan saya ada Streamyx dan melanggan iFlix (saya langgan masa promo price setahun RM20+ - biasa RM10 sebulan). Jauh lebih murah dari Astro. Tapi rancangan Astro lebih terkini, menarik dan bermutu lah (kalau pilih channel yang berkualiti). 


11. Menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup
Contohnya tengok movie sambil minum teh di hari hujan. Itu lebih menggembirakan dari pergi berjalan-jalan di pusat membeli belah. Saya juga tak terpengaruh untuk beli barang-barang berjenama atau limited edition. Tak salah untuk manjakan diri sendiri dengan beli barang mahal sekali sekala, cuma perlu ikut kemampuan. 


Setakat ni saya gembira dengan semua perkara ini dan masih lagi eksperimen dengan banyak perkara. 

Apa pendapat anda? OK keTak OK? 

Comments

Popular Posts