Minimalis tu macam mana?
Bagi saya, minimalis maksudnya hidup dengan sedikit tapi berkualiti. Mencari kepuasan dengan menambah ilmu dan pengalaman hidup, bukan material.
Kenapa nak hidup minimalis?
Dah lama juga saya terpengaruh dengan pemikiran minimalism. Mungkin sejak saya mengembara secara backpack tahun 2008. Saya pernah tinggal di luar negara hanya dengan 1 backpack selama setahun. Jadi saya fikir, kenapa saya tak boleh hidup sepanjang masa dengan 1 backpack juga?
Agak ekstrem lah fikir macam tu, tapi ideanya - kita boleh hidup cara minimal. Cuma ubah suailah ikut kesukaan sendiri.
Satu lagi yang dekat dengan minimalism adalah 'optimization'. Antara buku yang saya paling suka tentang optimization adalah 4-Hour Workweek oleh Tim Ferris. Bagi Tim, sesuatu perkara kalau ada perancangan yang baik, ia akan jadi lebih efisien. Bahasa mudahnya - work smart, not hard. Gitu.
Lagi satu mungkin sebab saya baru belajar buat strategi kewangan peribadi. Boleh kata di usia 20an saya agak bodoh tentang pengurusan duit - walaupun saya ada baca beberapa buku Robert Kiyosaki lepas habis ijazah. Ya benar, tak tipu.
Sekarang baru saya sedar, buku-buku Encik Kiyosaki tu lebih kepada tukar profesion, bukan macam mana nak simpan duit, macam mana nak bersara dengan tenang. Sebab tu dia sangat tekankan tentang 4 golongan orang iaitu Employee (Pekerja), Self-Employed (Kerja Sendiri), Business Owner (Usahawan) dan Investor (Pelabur). Kalau nak kaya, jadi Usahawan atau Pelabur. Itu nasihat utama Encik Kiyosaki. Tapi saya ni makan gaji dan tak reti buat bisnes. So ideanya tak ke mana dan saya terus blur.
Lepas 30an baru saya sedar, tujuan utama pengurusan kewangan bukan untuk jadi kaya semata-mata. Tapi adalah lebih kepada mencapai 'financial freedom'. Kebebasan kewangan maksudnya hidup yang tak perlu risaukan tentang masalah duit.
Kalau kita kaya sekalipun, tapi cara hidup tak 'sustainable', tak mustahil semua kekayaan akan hilang sekelip mata. So, itulah aspirasi saya - mencapai financial freedom dengan cara hidup minimalis.
Semoga suatu hari nanti akan jadi kenyataan.
Dan saya harap, blog ni boleh beri manfaat untuk orang lain yang mungkin ada matlamat yang sama.
![]() |
Harap-harap bersara nanti masih boleh trekking macam ni... Imej dari pixabay.com |
Comments
Post a Comment